Wednesday, 5 October 2011

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-22 2011

  • Tarikh    :  8 Oktober 2011
  • Tampat  :  Padang SK Methodist, Pokok Assam
  • Masa       :  8.00 pagi
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi Temasya Sukan Tahunan Kali ke-22 SK Seri Aman.

Thursday, 15 September 2011

Majlis Persaraan Pn Junaida Shaari dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri


Isnin, 12.09.2011 - Bertempat di dewan terbuka SK Seri Aman, telah diadakan satu majlis yang cukup bermakna. Majlis tersebut adalah bagi meraikan Majlis Persaraan Pembantu Tadbir SK Seri Aman iaitu Pn Junaidah Bt Shaari yang akan bersara pada 16 September 2011. Beliau akan menjalani cuti persaraan bermula 13.09.2011 sehinggalah beliau bersara. Pn Junaida telah berkhidmat di SK Seri Aman selama 10 tahun dan merupakan seorang yang  mudah didampingi samada dikalangan guru mahupun semua kakitangan. Kami bagi pihak SK Seri Aman mengucapkan sekalung Tahniah dan Ucapan Terima Kasih di atas jasa-jasa yang selama ini diberikan oleh Beliau.

Selamat Bersara
Jasamu tetap dikenang






Tuesday, 16 August 2011

Salam Nuzul Quran


Salam Ramadhan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran kita baca pada hari ini. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.Al Quran merupakan kitab yang paling sempurna yang merangkumi semua bidang di dunia dan di akhirat.
Sempena peristiwa Nuzul Al Quran dan bulan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan bacaan Al Quran dan menghayati isi kandungannya.Di harapkan, kita semua beroleh pahala yang besar dan diampunkan dosa-dosa yang silam.

Semoga sedikit perkongsian ini akan membawa kebaikan kepada kita semua . Diharapkan kita semua dapat bersama – sama berkongsi ilmu dan menghayati Ramadhan yang tinggal lebih kurang 13 hari lagi.
Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah , Amin :)

Wednesday, 10 August 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Pada 8 Ogos yang lalu, sekolah telah mengadakan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang ke-54. Majlis tersebut diadakan di dewan terbuka sekolah dengan dihadiri oleh pelajar-pelajar dan juga guru.
Perasmian dilakukan oleh Guru Besar sekolah iaitu Tn Hj Ismail Bin Hassan. Pelajar-pelajar dan guru yang hadir beramai-ramai menyanyikan lagu hari Merdeka bagi menaikkan lagi semangat di bulan Kemerdekaan ini.


Untuk melihat gambar dengan lebih banyak,sila klik link ini :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.268738799808761.83884.131958690153440








































Lagu Sekolah

Mari kita bersama
Kita sumpah setia
Bersama kita bina
Negara tercinta

Dari sekolah ini
Kita kan berbakti
Pada ibu pertiwi
Sepenuh hati

Ilmu suluh kemajuan
Jadi panduan
Kita amalkan bersama
Rukun Negara

Pada Tuhan yang esa
Restumu dipinta
Seri Aman tercinta
Maju dan jaya
Maju dan jaya

Staf Sokongan


Guru-Guru



Ketua-Ketua Panitia


Carta Organisasi Sekolah


Sunday, 7 August 2011

Sejarah Penubuhan Sekolah

    
pemandangan pada tahun 1952
gambar terkini sekolah

Sejarah Sekolah Kebangsaan Seri Aman bermula pada November 1952. Secara bergotong-royong orang-orang kampung telah membina sebuah bangunan seluas 22 kaki lebar dan 60 kaki panjang.Bangunan setingkat ini cuma beratapkan zink, berdindingkan papan dan berlantaikan simen. Bangunan ini dinamakan Sekolah Melayu Pokok Assam.

Pada awal Januari 1953, sesi persekolahan bermula dengan bilangan murid seramai 30 orang dan cuma seorang guru sahaja iaitu Allahyarham En. Sulong Bin Mohd Roseh. Bilangan murid telah bertambah setelah sebulan sekolah beroperasi. Tahun demi tahun, bilangan murid dan guru bertambah. Pada 11 September 1955 bilangan murid telah bertambah sehingga 100 orang. Ekoran daripada itu sekolah telah beroperasi dalam dua sesi. Bermula 1956 nama sekolah telah bertukar menjadi Sekolah Umum Pokok Assam. 

Pada 1 Januari 1959, sejarah telah menyaksikan pertukaran nama sekolah dari Sekolah Umum Pokok Assam kepada Sekolah Kebangsaan Pokok Assam. Pada Januari 1964, sebuah bangunan baru telah siap dibina dan sedia untuk digunakan.Bangunan sekolah ini mempunyai 3 bilik darjah. Oleh kerana cuma ada 3 bilik darjah maka sekolah telah beroperasi dalam dua sesi. Pada tahun 1967, sebuah bangunan tambahan telah dibina berdekatan dengan bangunan sedia ada dan digunapakai pada Januari 1968. 

Pertumbuhan penempatan yang pesat disekitar kawasan Pokok Assam telah menyebabkan pertambahan pada bilangan anak-anak yang akan bersekolah. Pada tahun 1983, sebuah bangunan baru tiga tingkat dibina di kawasan yang sama berdekatan dengan kedua-dua buah bangunan sekolah sedia ada. Bangunan tiga bilik yang lama yang dibina dan digunakan pada 1964 telah dirobohkan. Bangunan baru ini mula digunakan pada awal Januari 1984. Kini sekolah beroperasi di sidang pagi sahaja. Dengan terbinanya sebuah bangunan baru dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan, nama sekolah telah diubah dari Sekolah Kebangsaan Pokok Assam kepada Sekolah Kebangsaan Seri Aman.

Pada Januari 1992, sebuah kelas Prasekolah telah diwujudkan. Berikutnya pada Januari 1993 sebuah kelas bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pula diperkenalkan. Pada tahun 1998, Sekolah Kebangsaan Seri Aman telah dinaiktaraf dari sekolah gred B ke sekolah gred A. Pada 17 April 2001 bermula sebuah lagi pembinaan bangunan 2 blok 4 tingkat dan siap pada akhir Disember 2001. Bangunan baru tersebut telah digunakan pada tahun 2003.

Pada tahun 2003 sebuah bangunan khas yang mengandungi 4 bilik darjah dan satu bilik serbaguna untuk kelas pendidikan khas telah dibina. Bangunan baru yang serba lengkap dengan kelengkapan dan peralatan yang sesuai ini disertakan dengan sebuah dapur kerana ianya adalah satu keperluan dalam kursus pengajian murid-murid istimewa tersebut. Pada tahun 2004 pula kelas Prasekolah telah diperluaskan daripada satu kelas menjadi 2 kelas.

Kini, secara keseluruhannya Sekolah Kebangsaan Seri Aman mempunyai 5 bangunan untuk pengajaran dan pembelajaran iaitu 3 blok untuk aliran perdana, 1 blok untuk Prasekolah dan 1 blok lagi untuk pendidikan khas.  Terdapat juga sebuah bangunan untuk pengawal keselamatan, sebuah kantin, sebuah surau, sebuah dewan terbuka, dataran kejat yang berturap tar sepenuhnya dan sebuah pentas untuk perhimpunan.

Sepanjang masa sekolah ini diasaskan hinggalah sekarang, pihak sekolah telah menjalinkan hubungan yang sangat baik dengan PIBG sekolah yang sentiasa membantu dan memberi sokongan dalam apa jua program yang dilaksanakan oleh sekolah demi kecemerlangan anak-anak di kawasan Pokok Assam dan kawasan sekitarnya.