Isnin, 12.09.2011 - Bertempat di dewan terbuka SK Seri Aman, telah diadakan satu majlis yang cukup bermakna. Majlis tersebut adalah bagi meraikan Majlis Persaraan Pembantu Tadbir SK Seri Aman iaitu Pn Junaidah Bt Shaari yang akan bersara pada 16 September 2011. Beliau akan menjalani cuti persaraan bermula 13.09.2011 sehinggalah beliau bersara. Pn Junaida telah berkhidmat di SK Seri Aman selama 10 tahun dan merupakan seorang yang mudah didampingi samada dikalangan guru mahupun semua kakitangan. Kami bagi pihak SK Seri Aman mengucapkan sekalung Tahniah dan Ucapan Terima Kasih di atas jasa-jasa yang selama ini diberikan oleh Beliau.
Selamat Bersara
Jasamu tetap dikenang

