Salam Ramadhan.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran kita baca pada hari ini. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.Al Quran merupakan kitab yang paling sempurna yang merangkumi semua bidang di dunia dan di akhirat.
Sempena peristiwa Nuzul Al Quran dan bulan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan bacaan Al Quran dan menghayati isi kandungannya.Di harapkan, kita semua beroleh pahala yang besar dan diampunkan dosa-dosa yang silam.
Semoga sedikit perkongsian ini akan membawa kebaikan kepada kita semua . Diharapkan kita semua dapat bersama – sama berkongsi ilmu dan menghayati Ramadhan yang tinggal lebih kurang 13 hari lagi.
Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah , Amin
